Penyelidikan Royal Canin

Royal Canin menumpukan pengeluaran makanan haiwannya dalam sains penyelidikan[14] dan menubuhkan pusat penyelidikan untuk keperluan tersebut di St-Nolff pada tahun 1973. Pusat penyelidikan lain kemudian juga ditubuhkan di Missouri pada akhir dekad 1980-an, dan juga di Brazil. Produk Royal Canin diuji oleh lapan kucing dan 250 anjing. Dr Daniel Cloche merupakan salah seorang ahli sains pertama yang bekerja di Royal Canin dan disebut sebagai "salah satu pelopor dalam penyelidikam mengenai gangguan dan penyakit yang berkaitan dengan tulang pada anjing". Penyelidikan menunjukkan bahawa masalah tulang pada anjing besar akibat pemakanan, sehingga resipi khas dapat dibangunkan untuk menangani masalah itu. Pada tahun 1980, Royal Canin melancarkan makanan haiwan baru bernama AGR khas untuk anak anjing besar. Pada masa itu, syarikat ini juga menumpukam perhatiannya ke pengeluaran makanan kucing untuk memenuhi keperluan pemakanan tertentu.[1][4]

Penyelidikan menyeluruh membolehkan syarikat ini menghasilkan makanan haiwan sesuai dengan keperluan, keadaan kesihatan, usia, dan peningkatan aktiviti. Henri Laguarde menjadi pengerusi perusahaan ini sepanjang dekad 1990-an dan merupakan salah seorang pendorong pelaksanaan tiga dasar utama, iaitu fisiologi dan biologi dari haiwan peliharaan harus dipelajari untuk meningkatkan pengetahuan syarikat, kemudian semua produk harus mensasarkan pada keperluan tertentu, dengan pembahagian penyelidikan dan pembangunan mewajibkan bahawa "tiada doktor haiwan atau universiti yang dapat membantah hujahan pemakanan Royal Canin"; dan yang terakhir, haiwan dan keperluan pemakanannya diuruskan dengan "pengetahuan dan penghargaan", bukannya dimanusiakan.[15] Tema syarikat ini juga "pengetahuan dan penghargaan".[14]

Rujukan

WikiPedia: Royal Canin http://www.royalcanin.ca/ http://www.royalcanin.ca/index.php/About-Us/Our-St... http://www.20min.ch/ausland/news/story/Haustierfut... http://www.bencer-construction.com/ref_royal.htm http://investing.businessweek.com/research/stocks/... http://www.company-histories.com/Royal-Canin-SA-Co... http://digitaljournal.com/article/355582 http://www.docin.com/p-293570905.html http://www.hoovers.com/company/Royal_Canin_SAS/ssc... http://www.just-food.com/news/masterfoods-royal-ca...